ADAKAH BIOMANIS SELAMAT DIGUNAKAN?
Secara amnya, BioManis berasal dari daun Stevia iaitu sejenis herba semulajadi dan telah digunakan di seluruh dunia sejak berkurun lamanya. Pelbagai institusi di seluruh dunia turut mengkaji daun ini dan setakat ini tiada laporan mengenai kesan negatif terhadap tubuh manusia.bv
ADAKAH BIOMANIS SELAMAT DIGUNAKAN OLEH PESAKIT DIABETES?
Pesakit Diabetes perlu dipantau dan dirawat oleh Pegawai Perubatan Bertauliah. Bagaimanapun, penggunaan BIOMANIS boleh menggantikan gula sebagai amalan pemakanan sihat kerana ianya tidak menambah kadar gula dalam darah.
ADAKAH PENGGUNAAN BIOMANIS AKAN MENAIKKAN KADAR GULA DALAM DARAH?
Tidak sama sekali, menurut banyak kajian, ianya akan menurunkan kadar gula dalam darah secara tidak langsung dalam jangka masa panjang.
ADAKAH PENGGUNAAN BIOMANIS AKAN MEROSAKKAN GIGI?
TIDAK. Pelbagai ujian telah dijalankan dan didapati ianya mampu merencat pertumbuhan plak dan membantu menghalang kaviti.
BOLEHKAH BIOMANIS MENGGANTIKAN GULA DALAM KEHIDUPAN HARIAN?
BOLEH. BIOMANIS merupakan alternatif yang sihat dan semulajadi berbanding penggunaan gula dan pemanis tiruan yang membawa kesan buruk kepada kesihatan. Di Jepun penggunaan Stevia secara besar-besaran dan meluas. Ini membuktikan Stevia adalah pilihan yang BIJAK, SIHAT dan BERBALOI dalam diet harian.
BOLEHKAH BIOMANIS DIGUNAKAN DALAM MASAKAN?
BOLEH, Esktrak Stevia adalah amat stabil dalam suhu tinggi dan tidak berubah kandungan nutrisi.
ADAKAH PRODUK BIOMANIS PERLUKAN SIJIL KKM?
Setelah semakan dan rujukan di buat dengan Bahagian Kawalan Mutu Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia, estrak Stevia termasuk di bawah pengertian makanan dan tidak memerlukan sijil kesihatan.
DI MANA ANDA BOLEH MERUJUK UNTUK KEPASTIAN?
Anda boleh rujuk seksyen 118A FOSIM atau hubungi Bahagian Kawalan Mutu Makanan di talian 03-88833531 atau 03-88833533 untuk pengesahan lanjut. Anda tidak perlu merujuk kepada Bahagian Perubatan Tradisional dan Non-komplimen atau Bahagian Biro Pengawalan Farmaseutikal kerana BioManis bukan ubat, penawar atau makanan kesihatan sebaliknya ia adalah pemanis semulajadi yang terbaik untuk diet diabetes dan obesiti.
ADAKAH PRODUK BIOMANIS INI HALAL?
Ya. Produk BioManis adalah estrak 100% daun Stevia. Memandangkan Stevia sejenis herba dan BioManis adalah 100% estrak daun dan tidak dicampur dengan bahan-bahan lain, jadi BioManis adalah jelas halal dan tidak memerlukan sijil pengesahan halal. Namun begitu, bagi menembusi pasaran Asia Tenggara, syarikat dalam proses mendapatkan Sijil Halal Asia Tenggara.
ADAKAH HARGA PRODUK BIOMANIS LEBIH MAHAL DARI PRODUK STEVIA LAIN?
Tidak. Sebagai pengguna bijak ada 3 ujian untuk menentukan harga mahal atau sebaliknya. Pertama, berapa kadar kemanisan (gred) produk stevia tersebut? kedua, berapa kali penggunaan bagi setiap botol? ketiga, berapa perlu belanja untuk setiap gelas? Bagi produk BioManis, ianya adalah stevia gred A+ dengan kadar kemanisan 400 kali ganda, 1 botol BioManis boleh digunakan untuk 400 gelas (serving) dan pengguna hanya berbelanja 10sen untuk satu gelas. Jadi sebagai pengguna bijak boleh membuat pilihan bijak.
SIAPA MAMPU MEMILIKI BIOMANIS?
Dengan harga serendah 10sen segelas, BioManis boleh dimiliki dan diamalkan oleh semua golongan tidak mengira taraf hidup. Baik golongan berpendapatan rendah mahupun berpendapatan tinggi semuanya mampu mengamalkan pemanis semulajadi ini untuk kehidupan yang lebih sihat.
BERAPA LAMA 1 BOTOL BIOMANIS BOLEH DIGUNAKAN?
Sekiranya seorang pengguna meminum 6-7 gelas air manis setiap hari dengan menggunakan BioManis, 1 botol BioManis boleh bertahan selama 2 bulan atau 1 kotak (5 botol) boleh bertahan hampir setahun.
ADAKAH KAJIAN TERHADAP PRODUK BIOMANIS DIBUAT SENDIRI OLEH PIHAK SYARIKAT?
Kajian terhadap Stevia adalah tidak asing. Hasil kajian dan penemuan-penemuan universiti dunia terhadap Stevia boleh dirujuk dari pelbagai sumber internet. Di peringkat syarikat, beberapa ujian dan pemerhatian turut dibuat secara praktikal oleh doktor-doktor penasihat syarikat. Ini termasuklah membuat ujian kadar gula dalam darah sebelum dan selepas meminum BioManis. Hasilnya amat menakjubkan apabila kadar gula dalam darah selepas minum adalah sama dengan sebelum minum dan berkurangan jika kerap digunakan. Ujian lain turut dilakukan ke atas nutrisi dan komposisi BioManis, bentuk rasa manis BioManis, kadar penggunaan untuk setiap gelas dan sebagainya. Manakala semua ujian universiti bertaraf dunia terhadap Stevia adalah sumber rujukan utama bagi syarikat kerana BioManis adalah berasaskan 100% estrak Stevia.
APAKAH KELEBIHAN BIOMANIS BERBANDING PRODUK STEVIA YANG LAIN?
Pertama, dari segi gred A+ yang digunakan oleh BioManis, kedua, tambah nilai dengan khasiat secara metafizik dengan bacaan 30 juzuk al-Quran, ayat dan selawat syifat, doa mustajab dan penawar terbaik, asma al-husna dan sebagainya untuk menambahkan keberkatan dan keberkesanannya. Selain itu, sebahagian dari hasil jualan akan didermakan kepada anak-anak yatim.
KENAPA ANDA PERLU PILIH BIOMANIS?
BioManis adalah pemanis terbaik untuk amalan seisi keluarga. Bagi pesakit diabetes, penggunaannya untuk mengurangkan pengambilan glukos dan kalori dalam badan. Bagi golongan dewasa, penggunaannya bagi mengelakkan potensi dihidapi penyakit diabetes. Jadi, semua orang perlu mengenali, mengamalkan atau sekurang-kurangnya memperkenalkan BioManis kepada prospek pembeli kerana anda akan mendapat komisyen jualan yang tinggi dengan cara mudah.
APA YANG BOLEH DILAKUKAN UNTUK MELIHAT KEBERKESANAN BIOMANIS?
Pengguna disyorkan membuat ujian kadar gula dalam darah sebelum dan selepas menggunakan BioManis sendiri atau difarmasi dan klinik terdekat untuk meningkatkan keyakinan diri.