Monday, May 31, 2010

INFO Gula

BIOMANIS GANTI GULA


Gula adalah pemanis tanpa khasiat yang bertindak menyingkirkan zat yang sedia ada dalam tubuh dan bersifat sebagai pemangkin kalori serta disimpan sebagai lemak dalam badan. Gula juga adalah penyebab utama kegemukan. Faktor-faktor ini lah yang telah menjadikan Malaysia antara Negara yang mempunyai pesakit diabetes paling ramai di dunia.

Berpuluh-puluh penyakit telah dikenalpasti berpunca dari kandungan gula dalam badan, di antaranya ialah melemahkan daya tahan tubuh terhadap penyakit, merosakkan buah pinggang, meninggikan risiko penyakit jantung koronari, penyebab bengkak saluran usus, penyebab kencing manis, obesiti, tekanan darah tinggi dan pelbagai penyakit lagi



ADAKAH BADAN KITA PERLUKAN GULA?
    * Tidak perlu langsung! Ini kerana tubuh kita akan menukarkan sumber makanan lain kepada glukosa bila tubuh perlukan tenaga.



KESAN AMBIL GULA BERLEBIHAN
   1. Melemahkan imunisasi (melawan penyakit)
   2. menganggu imbangan galian dalam tubuh
   3. menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk dan mengurangkan kecergasan
   4. menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal
   5. menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran
   6. meningkatkan paras trigliserid
   7. melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria
   8. merosakkan buah pinggang
   9. mengurangkan kolestrol yang baik (HDLs)
  10. mengalakkan pertumbuhan kolestrol bahaya (LDLs)



Berapa banyak gula yang ada dalam makanan dan minuman kita?

   1. Minuman bergas 500ml - 14.4 sudu teh
   2. Minuman dalam tin tanpa gas 350ml - 9.6 sudu teh
   3. Minuman coklat malt dalam tin 125ml - 5.5 sudu teh
   4. Kek buah-buahan 40g - 3.5 sudu teh
   5. Bijirin sarapan bersalu madu 220g - 10.1 sudu teh
   6. Ubat batuk botol kecil di farmasi - 15.8 sudu teh
   7. Aiskrim coklat sepotong saiz biasa - 7.7 sudu teh
   8. Sundae restoran makanan segera - 10.3 sudu teh
   9. Rempah ayam segera satu pek - 4.7 sudu teh
  10. Minuman berkultur satu botol kecil - 2.7 sudu teh
  11. Susu pekat manis dalam tin kecil - 35.5 sudu teh!



Kenapa Malaysia diletakkan sebagai pengguna terbanyak gula di dunia?
Ini dikira rekod dunia! Walaupun pasukan bola sepak kita tidak berjaya, namun kita nampaknya masih dikenali di dunia. Negara kita adalah paling gemuk di Asia dan mempunyai pesakit Kencing Manis yang paling ramai di dunia! Bangga? Kita sebenarnya dalam diam diancam. Lihatlah orang yang paling kaya di Malaysia ! Taukeh gula! Negara kita seperti darurat apabila gula disorokkan baru-baru ini.

Semasa saya di Jepun, gula kilo tiada dijual, amat sukar untuk jumpa gula. Susu pekat manis jauh sekali. Tapi di Malaysia, kita sebenarnya terancam dengan keadaan dan sosio-ekonomi. Minum teh tarik di kedai mamak, disogok iklan-iklan makanan segera hingga menyebabkan anak kita merengek meminta untuk dibelikan set yang didatangkan bersama minuman bergas (gula 9 sudu teh!). Berhati-hati.


APAKAH MAKSUD 'GULA YANG TERSOROK'?  


Maksud sumber ’gula yang tersorok’ ialah gula yang digunakan sebagai pemanis utama di dalam pembuatan kebanyakan makanan seperti pembasuh mulut, aiskrim, gula-gula, pastri, biskut, minuman ringan, minuman manis (contohnya teh tarik) dan kuih. Gula juga kerap digunakan sebagai pengawet asli, pemekat dan sebagai agen pembantu semasa makanan dibakar. Gula biasanya ditambah kepada makanan semasa pemprosesan dan persediaan atau ditambah semasa makanan di makan.