Monday, May 31, 2010

INFO Stevia

APA ITU STEVIA?
Stevia Rebaudiana merupakan spesis pokok herba daripada keluarga bunga matahari dan sangat sesuai sebagai penghias penutup bumi. Pokok stevia berasal dari Amerika Selatan. Di Malaysia ia juga digelar sebagai Pokok Gula kerana kemanisannya yang setanding gula. Ia juga turut dikenali sebagai sweetleaf, sugarleaf ataupun sweet herb.

Pokok stevia matang menghasilkan biji benih, namun kadar percambahan biji benihnya amat rendah dan pembiakan selalunya menggunakan keratan batang. Rasa manis pada daun stevia disebabkan kandungan bahan aktif stevioside dan rebaudioside. Bahan aktif ini stabil pada suhu tinggi sehingga 200˚C dan mempunyai nilai pH yang stabil .


KEGUNAAN STEVIA

Stevia telah digunakan sebagai pemanis semulajadi oleh masyarakat dunia sejak dahulu lagi. Daun stevia yang telah dikeringkan ini digunakan untuk memaniskan minuman dan bahan tambahan perasa dalam masakan. Selain dari itu, penduduk di Brazil menggunakan daun stevia ini sebagai ubat untuk merawat tekanan darah tinggi, kencing manis dan merawat luka terbakar.


Rakyat di Jepun telah 20 tahun menggunakan stevia sebagai perisa makanan dan pemanis semulajadi. Hampir kesemua produk makanan keluaran Jepun seperti jeruk, minuman ringan, coklat dll menggunakan ekstrak stevia sebagai pemanis semulajadi bagi menggantikan gula pasir. Syarikat pengeluar Coca Cola juga kini telah menggunakan ekstrak stevia sebagai gantian kepada NutaSweet dan Sakarin untuk menghasilkan minuman tersebut.



KAJIAN TERHADAP STEVIA


Ekstrak stevia dikatakan 200-400 kali (mengikut gred) lebih manis dari gula biasa TETAPI apa yang unik mengenai pemanis semulajadi yang berasaskan Stevia ini ialah ia Sifar Kalori, SIFAR lemak, SIFAR kolestrol, SIFAR protin, SIFAR toksid, SIFAR glukos dan SIFAR karbohidrat.

Hasil kajian menjelaskan bahawa 1 gelas gula biasa bersamaan dengan 1 sudu ekstrak stevia dan 10gm ekstrak stevia boleh memaniskan kira-kira 400-750 gelas air (mengikut gred)

Para saintis merumuskan stevia yang diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan gula dalam badan. Memandangkan stevia tidak menghasilkan glukos maka ekstrak ini mempunyai potensi untuk menjadi agen anti-hipeglisemik dalam rawatan diabetes.

Pengkaji di Brazil pula mengatakan bahawa sehelai daun stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan secawan teh herba yang kelat. Pengambilan stevia yang konsisten dan kerap dalam menggantikan gula tidak akan memudaratkan memandangkan sifat daun stevia yang SIFAR SEGALANYA. Kajian juga menunjukkan bahawa stevia mampu melambatkan penurunan tindakbalas vitamin-vitamin penting dalam badan.

Stevia bukan saja indah pada nama tetapi unik kerana khasiat yang dihasilkan daunnya boleh menggantikan gula.

Ia dikatakan boleh menggantikan gula untuk pesakit kencing manis, yang juga dikategorikan sebagai pokok renek sesuai menjadi penghias penutup bumi.

Daunnya berbentuk bujur manakala batangnya lembut, halus dan bergerutu. Ia boleh membesar setinggi satu meter manakala bunganya kecil berwarna putih menyerupai bunga aster, cuma saiznya lebih kecil.


Stevia adalah satu daripada 240 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). Justeru, stevia menghasilkan biji benih apabila matang.

Pokok ini boleh juga membiak menggunakan biji benih, namun kadar percambahan biji benihnya amat rendah sehingga jarang dibiakkan dengan cara itu. Maka, pembiakannya selalunya menggunakan keratan batang.

Stevia berasal daripada kawasan tropika dan sub-tropika di Amerika Selatan dan Amerika Tengah, ada yang menyatakan ia berasal dari Paraguay.

Selain untuk landskap, stevia digunakan secara meluas sebagai pemanis. Namun, stevia yang biasa digunakan sebagai pemanis ialah daripada spesies rebaudiana.


Ia mula digunakan kaum Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun lalu sebagai pemanis teh herba dan makanan mereka. Mereka juga menggunakan Stevia sebagai penawar menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar.